30
Apr
09

What is Futsal?

Futsal is the international form of indoor soccer and is played under the banner of FIFA throughout the world by more than 25 millions players. The terms FUTSAL is the international term used for the game. It is derived from the Spanish or Portuguese word for .soccer., FUTbo, FUTebol and the French or Spanish word for indoor, Salon or SALa. Futsal is a 5-a-side version of soccer that is played indoors on a variety of surfaces.

 

The origin of futsal can be traced back to Montevideo, Uruguay in 1930 when Juan Carlos Ceriani devised a five a side version of soccer for youth competition in YMCA.s. Because the sports is a great skill developer, demanding quick reflexes, fast thinking and pin point passing, its an exciting game for children as well as adults. Great soccer superstar such as Pele, Zico and Ronaldo grew up playing the game and credit Futsal for developing their skills. Futsal is played with a special, low bounce ball, necessitating players to use their skills, rather than the ball.s bounce to propel it.

 

1819195278_3b48ed32e0

 

First, here are the main differences between outdoor soccer and futsal:

 

SOCCER FUTSAL
#5 ball #4 ball with reduced bounce
11 players 5 players
3 substitutions Unlimited “flying” substitutions
Throw-in Kick-in
Main referee & 2 assistant referees (linesmen) Main referee and assistant referee with nearly identical responsibility
Running clock operated by main referee Stopped clock operated by timekeeper
45-minute halves 20-minute halves
1 time-out per team per half
Goal kick Goal clearance (goalkeeper throw)
No shoulder charges or sliding tackles
4-second rule on restarts
Offside rule
Goalkeeper’s steps
Unlimited fouling 5-foul limit (and “no-wall” free kick)
GK cannot touch by hand a ball kicked back to him GK cannot touch by hand *any* ball played back to him (inc. head and chest)
Only one backpass allowed to GK (i.e., after ball has crossed halfway-line or been touched by an opponent)
No substitution for player sent off Player sent off can be substituted for after 2 minutes has elapsed or opponent has scored
Corner kick placed in arc Corner kick placed on corner
29
Apr
09

Three Sixty Events Didaftarkan

Assalamualaikum dan Salam perkenalan.

Akhirnya berjaya juga saya dan dua orang lagi rakan kongsi, Fazlin dan Ijan mendaftarkan syarikat kami yang diberi nama Three Sixty Events dan tujuan syarikat ini ditubuhkan ialah untuk menawarkan servis ‘event management’ tidak kira majlis yang kecil atau yang besar. Matlamat kami ialah menjadi peneraju syarikat penganjuran acara di Malaysia.

Projek pertama kami ialah penganjuran futsal yang dirancang untuk diadakan pada pertengahan bulan Julai 2009. Banyak persiapan sedang dilakukan terutamanya dari segi kertas kerja, maklumlah  projek pertama. Saya yakin dan percaya, hasil gabungan tiga buah fikiran yang berlainan pengalaman dan latar belakang mampu menghasilkan sesuatu yang gempak dan menarik. Berikut serba sedikit maklumat tentang futsal.

 

footy1

 

Futsal

Futsal adalah permainan bola yang dimainkan oleh dua pasukan, yang masing-masing dianggotai oleh lima orang. Tujuannya adalah memasukkan bola ke gawang lawan dengan kaki. Selain lima pemain utama, setiap pasukan juga dibenarkan memiliki pemain simpanan.

Dalam maksud lain futsal juga merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud ‘bola sepak dalam dewan’.

Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik.

Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, ana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Sterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.

Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada rang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.

Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud ‘bola sepak dalam dewan’.

 

Sejarah

Futsal diciptakan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930, oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brazil. Keterampilan yang dikembangkan dalam permainan ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brazil di luar ruangan, pada lapangan berukuran biasa.

Pele, bintang terkenal Brazil, contohnya, mengembangkan bakatnya di futsal. Sementara Brasil terus menjadi pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah  Fédération Internationale de Football Association (FIFA) di seluruh dunia, dari Eropah hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta Afrika, Asia, dan Oseania.

Pertandingan antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu habis Brazil. Brazil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan memenangkannya lagi pada perebutan berikutnya tahun 1984.

Kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggota-anggotanya bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brazil, tahun 1982, berakhir dengan Brazil di posisi pertama. Brazil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Sepanyol, tetapi menderita kekalahan dari Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988 di Australia.

Pertandingan futsal antarabangsa pertama diadakan di AS pada Desember 1985, di Universiti Negeri Sonoma di Rohnert Park, California.

Nanti perkembangan projek ini dari masa ke semasa. Sekian, wassalam.

 

Nizam

Three Sixty Events




 

February 2010
M T W T F S S
« Apr    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Flickr Photos

Untitled

More Photos

Archives

Recent Comments

Blog Stats

  • 466 hits